“Boleh caye ke ni?” – Lelaki Dakwa Kepala Hampir Botak Kembali Ada Rambut Lepas Berhenti Guna Syampu

Entertainment
24 Apr 2022 • 10:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masalah keguguran rambut atau kelemumur ialah antara perkara yang boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Bila jadi macam ni, rasa macam nak cuba semua jenis produk di pasaran supaya kembali normal semula.

Namun, cara yang digunakan oleh lelaki ini untuk melebatkan kembali rambutnya yang hampir botak pula sangat mudah, dia hanya berhenti menggunakan syampu sahaja!

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Menurut Mirror, lelaki yang dikenali sebagai Nick Coetzee itu telah berkongsikan tentang tips melebatkan semula rambut itu di TikTok baru-baru ini.

Dalam video yang berdurasi selama 55 saat itu, dia telah berkongsikan di mana sebelum ini kepalanya hampir botak kerana rambut sering gugur.

Mungkin kerana buntu tak tahu bagaimana nak hentikan masalah itu, satu hari dia putuskan untuk terus berhenti guna syampu.

Tidak lama kemudian, rambutnya kembali tumbuh seperti yang sepatutnya dan kembali sihat.

image is not available

Rupanya, memang ada satu pergerakan di internet yang dikenali sebagai #nopoomethod di mana mereka tidak menggunakan syampu untuk mengekalkan kesihatan mahkota wanita dan lelaki itu.

Menurut Nick, rambut dan kepala memang akan terasa berminyak kalau tak syampu untuk tempoh yang agak lama namun keadaan itu hanya akan bertahan selama dua atau tiga minggu sahaja.

Selepas tempoh berkenaan, minyak rambut semula jadi akan kembali semula di kulit kepala sebab ia dah tak bercampur dengan bahan kimia.

Oleh itu, rambut akan jadi sihat seperti yang diinginkan, dakwanya.

Tips itu telah meraih perhatian ramai warganet di TikTok kerana mereka tak pernah terfikir untuk menghentikan penggunaan syampu dalam rutin mandian.

Namun, ada juga netizen yang turut mengatakan dia juga menggunakan cara yang sama untuk memiliki rambut yang sihat.

Min pun tak pasti la sama ada cara ni memang betul berkesan ke tak sebab lain orang, lain jenis kulit kepalanya, tapi mungkin korang yang hampir botak atau sedang alami masalah rambut gugur yang teruk boleh cuba.

Mana tahu menjadi ke kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.