Ibu Bengang Tengok Anu Anak Ditendang, Cari Pelaku Pakai Speaker Masjid

Entertainment
11 Apr 2022 • 5:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tindakan seorang wanita membela nasib anaknya melalui pengumuman masjid telah tular dan menarik perhatian netizen.

Menerusi suara.com, kejadian itu berlaku ketika anak bongsunya yang dikenali sebagai Sarip pulang ke rumah dari mengaji dalam keadaan menangis.

Anaknya melaporkan kepada ibu yang dia diganggu dan alat sulit telah ditendang. Ia membuatkan si ibu ini terus ke masjid nak gunakan mikrofon itu untuk tanya kepada mana-mana penduduk kampung yang menendangnya, ia membuatkan ramai netizen terhibur.

 

Kalau tak ada yang mengaku nanti aku tendang satu-satu

Di TikTok, video ini telah meraih 906.8K jumlah tontonan sepanjang 2 hari ia dimuatnaik. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang ‘melayan’ dengan pertanyaan si ibu dan ada juga yang kesian dengan nasib si Sarip tu.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Dalam pada itu, ada juga yang memuji dengan sikap ibunya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan nasib anaknya terbela.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.