Aidilfitri: 2 juta kenderaan dijangka penuhi lebuh raya PLUS

14 Apr 2022 • 12:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan jumlah trafik daripada 1.6 juta kepada 2.0 juta kenderaan ketika tempoh perayaan Aidilfitri bermula 29 April hingga 9 Mei ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, berkata, pengguna disarankan agar membuat perancangan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka daripada terperangkap dalam kesesakan trafik terutamanya ketika beberapa hari terakhir Ramadan.

“Pada hari-hari puncak bermula 29 April hingga 9 Mei, jumlah trafik harian boleh meningkat sebanyak 25 peratus kepada 2 juta kenderaan sehari berbanding 1.6 juta sehari pada ketika ini.

“Oleh itu, kami menyarankan agar orang ramai supaya membuat perancangan awal dan pulang ke kampung lebih awal,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, PLUS memaklumkan bahawa pihaknya akan turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh yang terdekat ini bagi membantu orang ramai merancang perjalanan mereka pada musim perayaan kali ini.

Azman berkata, pasukan operasi lebuhraya PLUS juga telah bersiap-siaga dan bersedia untuk membantu orang ramai untuk pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidilfitri yang amat dinanti-nantikan tahun ini.

“Ia melibatkan pendekatan yang holistik yang merangkumi pelbagai aspek termasuk adaptasi teknologi untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan orang ramai. Pelan persediaan operasi lebuhraya tersebut akan diumumkan kemudian,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved