Pesta Kaamatan Nabawan bermula 13 Mei

21 Apr 2022 • 12:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

NABAWAN: Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Nabawan akan bermula pada 13 Mei depan.

Pegawai Daerah, Peter Jonu Moinjil berkata pesta selama dua hari dengan pelbagai pengisian itu bertepatan dengan tema, “Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi”, dan dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan, di Pentas Terbuka Majlis Daerah Nabawan.

“Pesta ini akan dimulai dengan pertandingan sugandoi peringkat akhir pada sebelah petang 13 Mei nanti.

“Manakala, pada 14 Mei akan diisi dengan acara seperti pameran hasil pertanian, perikanan dan kraftangan, Mr Kaamatan, penyampaian tokoh peladang jaya, cabutan tiket bertuah, persembahan nyanyian, kebudayaan dan pertandingan unduk ngadau, selain majlis perasmian,” jelasnya ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Kaamatan Peringkat Daerah, di pejabatnya.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan, Peter Jiton, dan Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Nabawan, Francis Stephen.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.