Communities, ini kegunaan fungsi baharu yang bakal diumumkan WhatsApp

15 Apr 2022 • 12:43 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

WhatsApp di laman rasmi mereka telahberkongsikan satu fungsi baharu yang bakal diperkenalkan mereka. Communities adalah ciri yang boleh menghimpunkan beberapa WhatsApp Group di bawah satu bumbung. Asasnya, sekiranya Group disertai oleh pengguna, Communities pula disertai oleh Group.

Dalam beberapa gambar yang dikongsikan pihak pembangun, anda bolehlah jangkakan bagaimanakah rupa Communities apabila dilancarkan kelak. Contohnya, di dalam komuniti City School Parents terdapat Group yang disertai ibu-bapa pelajar untuk setiap peringkat pembelajaran.

image is not available

Kemudian, dalam komuniti kejiranan, contoh Group yang menyertainya adalah seperti kumpulan yang ingin menghulurkan bantuan, kumpulan yang berkongsikan maklumat terkini tentang kejiranan, kumpulan pemilik haiwan peliharan dan sebagainya.

Antara matlamat yang ingin dicapai oleh WhatsApp adalah untuk menghimpunkan Group yang memiliki objektif serupa dalam satu parameter dan kumpulan kecil boleh digunakan untuk perbincangan lebih spesifik.

Daripada segi keselamatan, WhatsApp memaklumkan yang Communities masih lagi dilindungi fungsi penyulitan hujung-ke-hujung seperti semua servis-servisnya yang lain.

Sumber: WhatsApp