Senarai Jenama Pakaian Pilihan 2021

16 Apr 2022 • 12:00 PM MYT
Zakwan Khairuddin
Zakwan Khairuddin

Keep smile, love to write.

image is not available

Photo by Ron Lach from Pexels

Dalam peredaran zaman moden dan terkini, kita lihat pelbagai perubahan yang sangat besar dari pelusuk dunia. Tidak tertinggal perubahan pada industri fesyen yang menyaksikan kemajuan yang luar biasa dari seluruh peringkat. Di negara kita Malaysia adalah antara negara yang mendahului carta dalam melahirkan pereka fesyen yang bertaraf antarabangsa. Pereka fesyen yang paling terkenal di Malaysia adalah Dato’ Rizalman yang kini telah bersara dan meneruskan kehidupan dengan gayanya tersendiri. Rakyat Malaysia juga sangat pandai berfesyen kerana buktinya jenama yang terkemuka dunia semua mempunyai butik mereka di negara kita. Hari ini saya akan kongsikan 3 jenama pakaian pilihan rakyat Malaysia 2021.

1. UNIQLO

Ini adalah jenama pakaian terkemuka dari Jepun yang mempunyai hampir 2400 butik mereka di seluruh dunia. Di Malaysia mereka sudah mencecah 47 rangkaian kedai dan masih bertambah sehingga kini. Jenama ini mempunyai pelbagai fesyen yang tidak mengira umur dan jantina. Koleksi pakaian yang sangat moden dan ringkas adalah tema utama Uniqlo. Harga yang agak berpatutan dan mampu milik telah menjadi satu fenomena di Malaysia ketika mula-mula memasuki pasaran kita. Jenama ini juga menawarkan set pakaian formal untuk kegunaan harian di pejabat formal. Setiap tahun juga jenama ini membuat jualan murah yang menjadi serbuan rakyat Malaysia.

2. PADINI

Jenama ini adalah jenama tempatan diasaskan sejak tahun 1971. Jenama yang sangat berpengalaman dengan pasaran Malaysia ini menawarkan pakaian pada harga murah tetapi kualiti premium. Ia juga mempunyai 140 rangkaian kedai seluruh Malaysia dan di dalam kedai ini akan merangkumi semua rangkaian jenama dibawah payung Padini iaitu Seed, Padini Authentics, PDI, P&Co, Miki, Vincci, dan Vincci Accessories. Kesemua jenama naungan Padini ini mendapat sambutan paling luar biasa kerana pernah mendapat jualan sebanyak 1 billion setahun pada 2019. Jenama ini terkenal dengan promosi baju RM10 dengan beratus pelanggan akan beratur di setiap kedai mereka untuk mendapatkan promosi tersebut.

3. GIODANO

Jimmy Lai adalah pengasas jenama ini dan bertapak di Hong Kong , China. Giodano juga telah memasuki pasaran pakaian Malaysia sejak tahun 2000. Dalam pada itu , mereka juga mempunyai ribuan cawangan di 30 buah negara seluruh dunia. Di Malaysia , Giodano menawarkan fesyen yang ringkas dan murah. Untuk baju berkolar sangat berpatutan anggaran harga RM30-RM60 sahaja sehelai. Giodano juga terkenal dengan baju tshirt tidak berkolar yang kosong. Sangat ramai yang membeli produk jenis itu di Malaysia. Bagi yang mencari pakaian ‘smart casual’ juga sangat sesuai untuk membeli belah di rangkaian kedai Giodano ini.

Selamat membeli belah!


Zakwan Khairuddin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.