“Buat ujian Covid-19 setiap hari” – Situasi ‘Lockdown’ Di Shanghai Menakutkan, Ingin Capai ‘Zero Covid’

Entertainment
11 Apr 2022 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bertahun-tahun sudah kita berperang dengan wabak Covid-19, ramai yang telah kehilangan ahli keluarga dan juga rakan disebabkan wabak ini.

Di Malaysia, kita telahpun memasuki fasa peralihan endemik, beberapa buah negara juga sudah mula mengurangkan sekatan-sekatan yang pernah dikenakan sebelum ini.

Bagaimanapun, penduduk di Shanghai, China diarahkan untuk kuarantin di rumah dan diarahkan untuk ‘lockdown’ kerana kes Covid-19 yang mencanak naik.

Disebabkan itu, penduduk Shanghai sangat kecewa dengan peraturan sehingga mereka menjerit dari tingkap blok pangsapuri mereka dan beberapa video keadaan di bandar itu kini sedang tular di media sosial.

Bandar terbesar di China telah berada di bawah perintah berkurung sejak 5 April, apabila Beijing mengarahkan penutupan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada dasar “Zero Covid”.

Difahamkan, 25 juta penduduk bandar itu terpaksa menjalani enam ujian Covid-19 sejak 3 April dan dilarang meninggalkan rumah mereka walaupun untuk mendapatkan makanan dan keperluan asas.

Menurut Yahoo! News, Rebecca Kanthor yang merupakan seorang wartawan di Shanghai, memberitahu bahawa sesetengah orang hanya mempunyai notis beberapa jam sebelum penutupan bermula dan tidak mempunyai masa untuk membeli bekalan makanan.

“Orang ramai sangat kecewa, bukan semua orang keluar dan menjerit serta marah secara terbuka tetapi mereka yang berada di media sosial… pasti menyuarakan kekecewaan mereka kerana Shanghai adalah bandar yang benar-benar besar, ia mempunyai reputasi sebagai bandar yang sangat progresif dan tiada siapa yang benar-benar menyangka Shanghai akan ‘dikurung’ dengan cara ini.”

Semoga wabak ini lesap dengan segera…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.