Melampau! Sosej Hanya Separuh, Lelaki ‘Tertipu’ Beli ‘Corndog’ Penuh Tepung Dengan Harga RM9

Entertainment
14 Apr 2022 • 11:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Boleh dikatakan kemeriahan bazar Ramadan masih lagi dirasai dengan pelbagai makanan yang dijual kan? Mana taknya, kadang-kadang kat situ lah jadi tempat pilihan bila dah ‘kering’ idea untuk masak juadah berbuka.

Pun begitu, sampai ke hari ini ada lagi segelintir peniaga yang tak bertanggungjawab menjual makanan tak padan dengan harga yang tertera. Bukan itu saja, kadang-kadang inti makanan juga tak seperti yang diharapkan.

Baru-baru ni seorang lelaki telah memuat naik tweet berserta gambar di Twitter miliknya @myjoe_, meluahkan rasa kecewanya dengan ‘corndog’ yang dibeli sebagai kudapan berbuka puasa.

“Tak jumpa mana hotdog”

‘Corndog’ yang pernah tular suatu ketika dahulu kerana keju tariknya seperti yang kita tahu, menggunakan sosej bersaiz besar dan ianya menjadi tarikan kepada orang ramai untuk mencuba.

Namun, sebaliknya yang terjadi kepada lelaki ini apabila dipercayai separuh sosej atau mini sausage yang digunakan malah ‘corndog’ yang dibeli dengan harga RM 9 itu hanyalah penuh dengan tepung semata-mata.

“Kalau separuh sosej separuh cheese. Faham. Tapi yang ni separuh sosej separuh angin huhu.” – Luah lelaki itu

Perkongsian lelaki itu telah mendapat perhatian pengguna Twitter yang lain dengan mengatakan bahawa peniaga tersebut tak seharusnya mengambil kesempatan kepada pelanggan dengan mengenakan harga yang mahal.

image is not available

Hmm… Makin banyak kes tipu inti makanan kebelakangan ni. Min harap yang lain ambil iktibar ya. Hati-hati bila beli makanan okay? Nanti kita juga yang kecewa…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.