Ambulans APM terbabas

6 May 2022 • 12:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Tiga penumpang ambulans milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cedera ringan apabila kenderaan itu terbabas dan merempuh tiang elektrik dalam kemalangan di Batu 2 Jalan Apas, di sini, sekitar jam 10.30 malam, awal minggu ini.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, pemandu kenderaan - sukarelawan APM bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu.

Menurutnya, nahas berlaku ketika kenderaan itu dalam perjalanan balik ke pejabat mereka di Batu 2 Jalan Apas selepas selesai tugas melibatkan kes kebakaran rumah di Jalan Sin Onn.

“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, pemandu ambulans tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan merempuh satu tiang elektrik.

“Akibatnya, kenderaan itu remuk pada bahagian hadapan, namun, pemandunya bernasib baik kerana tidak cedera, manakala, tiga penumpangnya hanya cedera ringan,” tambahnya.

Jasmin berkata, polis masih meneruskan siasatan di bawah Peraturan 10 LN 166/59.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.