Pegawai Duduk Selesa Di Bawah Khemah, Askar Veteran Dibiar Berjemur Tengah Panas

25 May 2022 • 10:03 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Mereka yang berkhidmat sebagai anggota tentera pastinya akan sentiasa dihormati kerana pekerjaan mereka yang sentiasa bersedia menghadapi apa jua keadaan demi memastikan keamanan negara terjamin.

Sebagai salah satu cara menghargai dan menghormati segala jasa dan pengorbanan mereka, setiap pesara dan askar veteran ini pastinya akan menerima penghargaan di akhir kerjaya mereka.

Pegawai duduk selesa di bawah khemah tetapi pesara askar perlu menahan panas

Baru-baru ini tular beberapa ciapan di Twitter yang menunjukkan keadaan pesara askar ketika menghadiri satu majlis yang dipercayai diadakan di Putrajaya.

Menerusi video tersebut, pesara-pesara askar ini dibiarkan berjemur di tengah panas sambil mendengar ucapan yang dibuat pegawai tertinggi sewaktu majlis itu berlangsung.

Dapat dilihat juga ada dikalangan mereka yang terpaksa duduk di atas lantai kerana tidak selesa dan tidak larat kerana perlu berdiri lama.

Pesara hanya makan di bawah pokok

Menerusi satu ciapan lain yang dikongsi @ShazwanZdainal, dapat dilihat perbezaan ketara yang dialami dan dihadapi pesara tentera ketika majlis itu.

Pesara tentera hanya disediakan makanan yang berbungkus dan hanya makan beralaskan rumput di bawah pokok walhal, barisan orang penting dan kenamaan mendapat layanan yang istimewa.

Netizen berang pesara dilayan sebegitu rupa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan layanan yang diberikan terhadap pesara tentera yang telah banyak berkorban untuk negara.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kesian dilihat keadaan pesara tentera yang perlu berdiri dan berjemur di tengah panas. Diharapkan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa akan datang.

Kredit: Twitter apanakdikato | Twitter ShazwanZdainal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media