“Tolongla empati sikit” – [VIDEO] Syed Saddiq Buka Mulut Isu Veteran ATM Berjemur Tengah Panas

Entertainment
25 May 2022 • 11:05 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Veteran Angkatan Tentera Darat Malaysia (ATM) telah banyak berkorban untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan Malaysia sentiasa terjaga. Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ada menyentuh kepada beberapa kebajikan pesara tentera yang dapat memberi manfaat kepada mereka.

Syed Saddiq buka mulut veteran terpaksa berpanas tapi VIP duduk selesa

Baru-baru ini, Syed Saddiq di Twitternya @SyedSaddiq ada buka mulut tentang satu isu di mana beliau risau veteran ATM yang mungkin akan pengsan kerana terpaksa berjemur bawah panas matahari. Selain itu, beliau turut mempersoalkan tentang veteran yang hanya makan tepi jalan tetapi VIP boleh duduk selesa dalam aircond siap dijamu lagi.

Dalam posting tersebut, beliau turut menambah supaya pihak atasan lebih menghargai wira-wira veteran kita. Dalam satu lagi posting berasingan, tular satu rakaman video memaparkan sekumpulan warga emas dipercayai veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdiri di tengah panas dalam sebuah acara majlis di Putrajaya, baru-baru ini.

Seorang pengguna laman Twitter, @apanakdikato meluahkan rasa kesal apabila melihat pesara-pesara tentera itu ‘berjemur’ di tengah cuaca terik sambil mendengar ucapan seorang pegawai di bawah khemah.

Dalam video tersebut, kelihatan segelintir pesara tentera yang lengkap memakai pakaian seragam ‘tidak duduk diam’ seolah-olah kurang selesa mungkin kerana dalam keadaan kepanasan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang kasihan melihat keadaan pesara tentera dan turut menambah yang sepatutnya veteran patut dilayan dengan sebaiknya dan bukan seperti perhimpunan sekolah.

image is not available

Mungkin lepasni mereka boleh ubah tempat yang lebih selesa untuk veteran-veteran kita ni!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.