Selalu Jadi Model Di TikTok, Wanita Rayu Orang Ramai Agar Tolong Cari Pororo

Entertainment
28 May 2022 • 5:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebiasannya, kucing akan lari dan melawan apabila kita memakaikan mereka pakaian atau hiasan. Namun, tidak untuk satu kucing ini yang dikenali sebagai Pororo.

Pororo sering menjadi model buat tuanya yang menjual barang perhiasan haiwan di Live TikTok. Kucing comel ini sering tular kerana tidak pernah melawan dan mendengar cakap tuannya.

Pororo hilang!

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok beberapa jam lalu, tuan Paroro memberitahu bahawa kucingnya itu hilang selepas beberapa jam tidak kelihatan.

“Roro hilang. Teman-teman yang khusus di daerah Bandung tolong cari ya…”, rayu wanita ini.

Difahamkan, Pororo hilang di daerah Margahayu atau daerah Rancabolang. Sambung wanita ini, mana-mana individu yang mempunyai info atau menemui Pororo di kawasan sekitar, boleh berhubung dengannya.

Ramai warganet Malaysia mahu tolong, tapi jauh!

Pororo bukan sahaja terkenal di Indonesia, malah di Malaysia juga. Video ini turut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang rata-ratanya mendoakan agar Pororo selamat ditemui.

“Nak tolong cari, tapi aku di Malaysia”, komen seorang warganet.

Siapa yang pernah hilang kucing, mesti faham perasaan sedih tuan Pororo ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article