Malaysia Bakal Alami Jerebu & Taburan Hujan Yang Rendah!

10 May 2022 • 5:45 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Seiiring dengan permulaan musim Monsun Barat Daya -- kebanyakan kawasan di seluruh negara dijangka mengalami taburan hujan yang rendah mulai Sabtu ini (14 Mei) hingga pertengahan September nanti.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), fenomena jerebu juga boleh berlaku dalam tempoh monsun ini sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal, terutama dalam tempoh dari Ogos hingga Oktober.

image is not available

“Semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil.

“Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini. Sehubungan dengan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain,” kata MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan.

image is not available

Sehubungan itu, MetMalaysia menyarankan supaya pembakaran terbuka dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar serta supaya air digunakan secara lebih berhemah sepanjang tempoh ini.

Namun, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi.

Sumber: Astro Awani