Amaran ribut petir, hujan di tujuh negeri termasuk Selangor hingga 1 pagi

25 May 2022 • 10:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa daerah di tujuh negeri termasuk Selangor mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 1 pagi esok.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini melibatkan Hulu Selangor.

Manakala daerah di Kedah ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Kuala Muda; Perak (Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Gua Musang) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh).

Amaran sama turut diramal di Sarawak iaitu di Sri Aman (Lubok Antu), Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang selain Sabah (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved