(VIDEO) “Syukur Saya Bebas” – Da’i Syed Dilepaskan 2 Tuduhan Mencabul

31 May 2022 • 2:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pendakwah selebriti iaitu Da’i Syed telah didakwa atas dua pertuduhan membabitkan jenayah seksual yang memperuntukkan 30 tahun penjara, jika sabit kesalahan.

Namun, baru-baru ini, pengadu dalam kes itu telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap tertuduh.

Susulan itu, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful telah dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta. Lapor Kosmo.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros untuk Da’i Syed, dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan.

Pengadu dalam kes ini mengalami kemurungan serius atas kejadian yang menimpanya sehingga pengadu beberapa kali mencederakan diri sendiri dan mempunyai ‘Death Wishes’ (keinginan mati).

Peguam Syed Amirul ketika berhujah berkata, wajar untuk berasa simpati kepada mangsa, namun mahkamah telah menetapkan sebanyak 13 kali tarikh termasuk sebutan kes namun pengadu sendiri telah menarik balik laporan.

@kosmoonline

Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful yang didakwa pertuduhan mencabul dan persetubuhan luar tabii dilepas dan dibebaskan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini. #mahkamah #syediqmal #beritatiktok

? Sumpah Ku Mencintaimu – Alsa Aqilah

Jelasnya lagi, ini menunjukkan pengadu tidak berminat untuk meneruskan kes ini. Laporan polis yang menjadi asas, telah ditarik balik oleh pengadu dalam keadaan sukarela, tanpa paksaan atau wujudnya elemen habuan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 minggu lalu

Pengadu Tarik Balik Laporan Polis Kes Gangguan S*ksual, Nasib Da'i Syed Diketahui 31 Mei Ini