[TERKINI] Mahkamah Bebaskan Da’i Syed Dari Tuduhan Cabul & Persetubuhan Luar Tabii

31 May 2022 • 1:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebentar tadi, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya telah melepaskan dan membebaskan pendakwah bebas, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed atas dua pertuduhan mencabul dan persetubuhan luar tabii.

Hakim, Jamaludin Mat menetapkan perkara ini selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepaskan anak guam mereka dari dua pertuduhan tersebut, lapor Berita Harian.

image is not available

Saya bersetuju dengan hujahan peguam bela. Saya melepas dan membebaskan tertuduh mengikut Seksyen 254(3) bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan.”

Pada 10 Disember tahun lalu, Da’i Syed telah mengaku tidak bersalah melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta berusia 22 tahun di rumah sewanya di Damansara Perdana serta menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan wanita itu.

Perbuatan tersebut didakwa berlaku pada 17 Oktober 2020 pada sekitar jam 3 hingga 4 pagi.

Ekoran ini, pendakwah tersebut telah didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.