Anak Gabenor Hilang Di Sungai Switzerland, Netizen Indonesia ‘Lepas Geram’ Di Google Maps

Entertainment
30 May 2022 • 3:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sungai Aare atau Aar adalah sebatang sungai yang mempunyai air yang jernih serta pemandangan yang cantik, ia merupakan anak sungai High Rhine yang berada sepenuhnya di Switzerland, malah ia juga merupakan sungai terpanjang di negara tersebut.

Bagaimanapun, baru-baru ini gempar apabila anak kepada gabenor Indonesia dipercayai hilang di sungai itu.

image is not available

Dalam laporan Utusan, Kedutaan Besar Indonesia di Switzerland memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) anak lelaki Gabenor Jawa Barat, iaitu Emmeril Kahn Mumtadz atau lebih dikenali sebagai Eril yang hilang sejak Khamis lalu masih diteruskan.

Difahamkan, operasi SAR akan bertumpu di kawasan berhampiran pintu air Schwellenmaetelli dan Engehalde kerana berdasarkan beberapa info, kali terakhir Eril dilihat adalah di antara dua pintu air tersebut.

Pun begitu, kejadian yang mengejutkan itu sudah pasti menjadi bualan hagat terutamanya di kalangan rakyat Indonesia.

“Tak perlu tinggalkan komen sebegitu”

Oleh kerana terlalu berang atas kehilangan anak gabenor negara mereka itu, beberapa orang netizen Indonesia bertindak meninggalkan komen yang buruk di Google Maps, mengenai sungai yang juga tarikan pelancong tersebut.

image is not available

Bagaimanapun, ramai juga netizen Indonesia yang membidas komen tersebut dan meminta maaf atas perbuatan netizen yang lain.

image is not available

Semoga Eril ditemukan dengan segara!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.