Tempoh khidmat guru kontrak ambilan Jun 2020 dilanjutkan, kata Radzi

28 May 2022 • 12:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bersetuju melanjutkan tempoh perkhidmatan guru kontrak perkhidmatan (COS) ambilan Jun 2020 yang tamat kontrak pada 9 Jun ini.

Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata, pelanjutan berkenaan dibuat agar proses berkaitan pelantikan mereka sebagai guru bawah bidang kuasa SPP dapat dilaksanakan.

“Guru COS 2020 yang akan tamat pada Jun ini, jangan risau. Kita dapat maklum balas daripada SPP semalam bahawa tempohnya akan dilanjutkan bagi membolehkan segala proses dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah SK Putrajaya Presint 8(3) hari ini, lapor Bernama.

Pada 5 Mei, Radzi dilaporkan berkata, nasib 2,600 guru COS ambilan Jun 2020 bakal terbela apabila kontrak mereka dijangka disambung selama dua tahun.

Sementara itu, Radzi berkata, SPP semalam telah mengumumkan keputusan temu duga guru COS bagi pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 secara “one-off” 2021.

Calon boleh menyemak keputusan melalui portal SPP manakala urusan penempatan calon yang berjaya akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.