Khidmat Guru Interim Lantikan 2019 Dilanjut Setahun Lagi

26 May 2022 • 2:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tempoh perkhidmatan guru interim lantikan tahun 2019 di bawah KPM akan dilanjutkan setahun lagi bagi membolehkan urusan temu duga dan lantikan tetap bagi guru yang memenuhi syarat. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Tempoh perkhidmatan guru interim lantikan tahun 2019 di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan dilanjutkan setahun lagi.

Jurucakap kementerian berkata, pelanjutan tempoh tersebut adalah bagi membolehkan urusan temu duga dan lantikan tetap bagi guru yang telah memenuhi syarat diselesaikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Menurut beliau, guru interim lantikan sebelum 2019 bagaimanapun harus memastikan syarat-syarat lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dipenuhi.

Katanya, ia bagi membolehkan perakuan dibuat oleh KPM sebelum dikemukakan kepada SPP untuk urusan temuduga dan lantikan tetap.

"KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik demi perkhidmatan pendidikan negara ini," katanya. – Getaran, 26 Mei 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved