Dhabitah Buka Pencarian Emas Malaysia Dengan Langkah Kanan

8 May 2022 • 5:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dhabitah menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan SEA Hanoi. - Gambar fail AFP

KUALA LUMPUR - Malaysia memulakan pencarian emas di Sukan SEA Hanoi dengan langkah kanan selepas Nur Dhabitah Sabri memberi pingat emas pertama Malaysia dalam acara terjun 1 meter papan anjal.

Rakan sepasukan Kimberly Bong Qian Ping pula membawa pulang pingat perak.

Bermula dengan garang Dhabitah mencatatkan jumlah 290.45 mata daripada lima terjunan.

Manakala Kimberly pula mencatat 230 mata untuk membawa pulang perak.

Penerjun tuan rumah Ngo Phuong Mai membawa pulang pingat gangsa. - The Vibes, 8 May 2022