Nekad Langgar Palang RFID Lepas Banyak Kali Tak ‘Detect’, Netizen Kongsi Pengalaman Sama

Entertainment
1 May 2022 • 11:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap pemandu di Malaysia diberikan tiga pilihan untuk membuat pembayaran tol di plaza tol yang mereka lalui. Antara pilihan itu ialah pembayaran menggunakan Touch N Go, SmartTag dan yang terkini Indentifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Sebenarnya RFID ni kadang-kadang detect, kadang-kadang tak detect. Penat undur dan try banyak kali tapi masih tak detect jugak.

Disebabkan masalah tersebut, seorang pemandu Myvi ni nekad melanggar palang RFID di tol. Korang boleh tengok dia langgar palang tu dalam video @MALAYSIAVIRALL kat bawah ni.

Geram sangat lah tu

Aduhh… nak tergelak pun ada min tengok video tu. Ya lah, banyak kali reverse pun tak masih tak boleh lalu lagi. Kalau kita yang kena pun, mesti kita geram juga.

image is not available

Geram kan. Tak pasal-pasal rasa bersalah dengan driver lain yang kat belakang. Buatnya jalan tengah sesak pulak, memang naya lah.

image is not available

Kalau dah tolak duit tapi palang tak naik macam ni susah gak. Tak pasal-pasal kita yang rugi. Rugi duit dan rugi masa nak tunggu kes tu selesai.

image is not available

Oh sebenarnya elok je RFID ni. Min baru tahu. Tapi itu lah banyak je dengar kes pasal RFID ni sampai min sendiri pun takut nak pasang lagi.

image is not available

Siapa je yang berani lawan King of The Road ni. Bukan setakat kereta biasa, palang RFID pun dia boleh langgar tau.

image is not available

Yang ni betul. Min selalu nampak ada kereta stuck dekat laluan RFID. Mungkin sebab salah pasang sticker tu kot, sebab kereta lain elok je lalu.

image is not available

Betul gak tu satu lane je untuk RFID ni. Rasanya ramai orang masih kurang yakin kot dengan RFID dan lebih selesa pakai Touch N Go.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.