[VIDEO] Ibu Tersentuh Anak 9 Tahun Sanggup Guna Duit Raya Hadiahkan Cincin Emas Sempena Hari Ibu

Entertainment
11 May 2022 • 12:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selalunya waktu menyambut Aidilfitri, pemberian duit raya adalah perkara yang paling dinantikan oleh setiap kanak-kanak. Mereka adakalanya gigih dan sedaya upaya mengumpul duit sebanyak mungkin untuk disimpan dalam tabung atau belanja barang yang dah lama teringin nak beli.

Namun, berbeza pula dengan kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun ini yang menggunakan duit rayanya pada sesuatu yang tak dijangka-jangka. Korang rasa dia guna untuk apa tu?

Menerusi perkongsian video yang dimuatnaik oleh seorang wanita di TikToknya @leyana92, dia yang merupakan ibu kepada anak kecil ini melahirkan rasa terharu apabila anaknya sanggup bekerja dan mengumpul duit raya bagi membeli hadiah kepada dirinya.

Difahamkan, sebahagian duit tersebut merupakan hasil dia menolong wanita ini berniaga. Dalam video tersebut, jelas dilihat anak lelakinya yang lebih dikenali sebagai Adam berada di sebuah kedai emas ditemani dirinya sebelum membuat pembelian.

Wanita ini mengatakan yang Adam menghadiahkan sebentuk cincin emas bersempena dengan sambutan Hari Ibu baru-baru ini. Wah, kecil lagi dah pandai pikat hati ibu!

Pada masa yang sama, Adam dilihat melakukan sendiri urusan pembelian cincin emas tersebut kecuali hal pengiraan wang yang perlu dibayar. Adam juga sempat menandatangani resit dan petah bercakap dengan staf yang bekerja sepanjang proses pembelian cincin buat ibunya.

Tambah wanita ini, dia meluahkan rasa kesyukuran kerana anak lelakinya tidak pernah kedekut dan berkira dalam bab kewangan, selain mendoakan Adam dimurahkan rezeki. Terharunya!

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji tindakan yang dilakukan oleh Adam dan mereka meluahkan rasa kagum kerana sanggup berkorban masa dan tenaga pada usia kecil hanya untuk menggembirakan ibunya.

“Bertuahnya awak, dapat anak lelaki yang baik sangat” – Komen netizen

image is not available

Korang gunakan duit raya untuk beli apa? Ke beli emas juga?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.