Asus Perkenal Monitor Pertama Dunia Dengan Kadar Segar Semula 500Hz

TechnologyDigital
24 May 2022 • 5:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Asus kini mengumumkan monitor pertama dunia yang hadir dengan kadar segar semula 500Hz, iaitu Asus ROG Swift 500Hz Gaming Monitor.

Panel ini hadir dengan kerjasama pihak NVIDIA, sekaligus menyertakan sokongan G-Sync. Monitor ini akan diperlihatkan pada acara Computex 2022 kelak.

image is not available

Monitor ini hadir dengan skrin bersaiz 24-inci pada kadar resolusi 1080p, serta menyertakan mod seperti G-Sync Esport untuk digunakan ketika bersaing dengan rakan-rakan lain. Asus mengatakan ia menggunakan panel skrin Esports TN, yang mana menawarkan kadar respon lebih baik berbanding panel TN biasa.

image is not available

Sejumlah permainan dijangka akan dapat menikmati kelebihan kadar segar semula 500Hz ini, terutamanya permainan aksi yang bergerak pantas, seperti CS:Go, Valorant dan juga Overwatch.

Buat masa ini, harga jualan dan tarikh jualannya masih belum diumumkan lagi oleh pihak Asus.