Guna Alat Telekomunikasi Ketika Memandu, Anggota Polis Disaman

16 May 2022 • 10:56 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan seorang anggota polis menggunakan telefon pintar ketika memandu.

PETALING JAYA - Seorang anggota polis disaman kerana menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu di Lebuhraya Persekutuan, di sini, selepas videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 9 pagi semalam ketika anggota berkenaan memandu kenderaan rasmi PDRM dari jenis Proton Preve.

“Anggota polis yang terbabit sudah dipanggil untuk siasatan dan saman dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan mengikut Kaedah 17(A) LN166/59.

“Kejadian tersebut bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya hari ini.

Mohamad Fakhrudin menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan salah laku anggota ketika bertugas.

Video berdurasi 14 saat itu tular di media sosial hari ini memaparkan seorang anggota polis sedang bercakap menggunakan telefon pintar ketika memandu.

Netizen yang melihat video tersebut menggesa anggota terbabit dikenakan tindakan kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang. - Getaran, 16 Mei 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved