“Takde kompromi” – [VIDEO] Anggota Polis Kena Saman, Guna ‘Handphone’ Ketika Memandu

Entertainment
16 May 2022 • 4:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila berada di bawah sesebuah perlembagaan, tidak ada seorang pun yang boleh lari daripada undang-undang.

Baru-baru ini, tular sebuah video pendek berdurasi 14 saat dimana seorang anggota polis dirakam sedang menggunakan telefon bimbit ketika memandu sebuah kereta Proton Preve berlogo PDRM di Lebuh Raya Persekutuan menghala Petaling Jaya pagi semalam.

Tular video seorang anggota polis menggunakan telefon semasa memandu.Lokasi : Lebuhraya Persekutuan berhadapan Sekolah Kebangsaan Sungei Way,PJSumber image is not available : TikTok@emman_2993

Posted by Inforoadblock on Sunday, May 15, 2022

Dalam laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mengesan video tular tersebut yang memaparkan insiden terbabit.

image is not available

image is not available

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 9 pagi semalam, anggota polis terlibat telah dipanggil untuk siasatan dan saman telah dikeluarkan terhadap pemandu tersebut di bawah Kaedah 17(A) LN 166/59,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Dalam kenyataan itu juga, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid juga menyatakan tidak akan berkompromi terhadap salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika menjalankan tugas.

Harap tidak berulang lagi insiden macam ni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.