Inter Milan Rangkul Piala Itali, Tewaskan Juventus 4-2 Di Final

12 May 2022 • 11:06 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Para pemain Inter Milan meraikan kemenangan ke atas Juventus dengan menjulang trofi juara Piala Itali. - Gambar AFP

ANKARA - Inter Milan dinobatkan juara Piala Itali 2022 selepas menewaskan Juventus 4-2 dalam perlawanan akhir di Stadio Olimpico pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Nicolo Barella menghasilkan gol Milan seawal perlawanan bermula, sebelum Juventus mendahului 2-1 dengan rembatan gol Alex Sandro dan Dusan Vlahovic.

Berbaki 10 minit sebelum perlawanan tamat, Hakan Calhanoglu menembusi gawang lawan menerusi sepakan penalti, memaksa aksi dilanjutkan ke masa tambahan.

Pada masa tambahan, Ivan Perisic meledakkan dua gol membolehkan pasukannya menang 4-2.

Inter menjuarai Coppa Italia pertama mereka sejak 2011. - Bernama