Mahkota Liga Dalam Genggaman Man City

Football
9 May 2022 • 7:32 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sterling antara pemain City yang mencatat nama sebagai penjaring menentang Newcastle. - Gambar AFP

LONDON - Manchester City mengambil kesempatan ke atas keputusan seri Liverpool semalam dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan membenam Newcastle 5-0.

Anak buah Pep Guardiola mengawal perlawanan sebelum waktu rehat di Stadium Etihad dengan gol-gol yang dijaringkan oleh Raheem Sterling dan Aymeric Laporte.

Selepas waktu rehat Rodri menambah kelebihan City sebelum Phil Foden dan Sterling melengkapkan jaringan dalam waktu kecederaan.

City kini mempunyai kelebihan tiga mata di puncak liga dengan baki tiga perlawanan lagi buat kedua-dua pasukan.

“Kami sudah lima tahun bermain satu perlawanan setiap tiga hari. Jika ada yang meragui kami mereka tidak kenal kami.

“Ini adalah pasukan terbaik yang pernah saya latih.

“Ini hari yang sempurna. Tiga mata hari ini, ada sembilan lagi untuk dimenangi, dan kami mempunyai kelebihan empat gol,” kata Guardiola. - AFP

Keputusan lain:

Norwich 0 West Ham 4

Leicester 1 Everton 2

Arsenal 2 Leeds 1

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved