Realme Mungkin Menawarkan Tablet 5G Dengan Pilihan Cip Snapdragon 870 & Snapdragon 8 Gen 1 Plus

TechnologyDigital
9 May 2022 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pengenalan tablet di pasaran tempatan semakin meriah dengan pelancaran pelbagai model baharu daripada pengeluar berbeza. Ini termasuklah Realme yang mula-mula menceburi segmen berkenaan menerusi Realme Pad. Tidak lama kemudian, mereka hadir dengan variasi lebih kecil menerusi Realme Pad Mini pula.

image is not available

Dalam perkembangan terkini, mereka dikhabarkan bakal hadir dengan tablet yang menyokong 5G. Tiada maklumat mengenai nama khusus yang dikongsi, namun beberapa spesifikasi mengenainya telah tertiris menerusi perkongsian Digital Chat Station di Weibo. Katanya, ia mungkin hadir dalam dua variasi berbeza, sama ada menggunakan Snapdragon 870 dan Snapdragon 8 Gen1 Plus.

image is not available

Seterusnya, tablet dengan Snapdragon 870 akan menggunakan skrin sejenis LCD yang menawarkan resolusi 2.5K. Kapasiti bateri pula sebesar 8,340mAh, di samping turut menyokong stylus. Kemudian, tablet dengan Snapdragon 8 Gen1 Plus pula mungkin dilancarkan sebagai Realme Pad Master Explorer Edition. Tapi sayang, tiada sebarang maklumat mengenai perkakasan dalaman yang dikongsi setakat ini.