Airbnb Di Dublin Ini Bikin Garu Kepala, Tawar Khemah Atas Konkrit Dengan Harga RM329 Satu Malam

Entertainment
22 May 2022 • 10:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi sesetengah orang, harga bilik hotel kalau dah sampai RM300 satu malam tu boleh dikatakan agak mewah.

Tapi macam mana pula kalau bilik yang ditawarkan pusat penginapan ini hanyalah sebuah khemah di atas lantai konkrit tapi harga untuk penginapan satu malamnya hampir sama macam hotel di ibu kota?

image is not available

Portal New York Post melaporkan, satu listing di Airbnb Dublin, Ireland, mendapat perhatian pengguna internet selepas ‘bilik peribadi’ berharga lebih RM300 satu malam hanyalah sebuah khemah beralaskan lantai konkrit.

Diiklankan sebagai ‘Delightful Tent in Dublin’, Airbnb ini dikatakan mampu memuatkan dua orang tetamu dan turut menawarkan satu katil dan mandian yang dipercayai boleh diakses di sebuah rumah di belakang khemah terbabit.

image is not available

Pertama kali dikongsikan seorang pengembara dari Australia menerusi Twitter, Nick Capa menulis, dia terkejut besar sebaik melihat listing terbabit dan menganggap betapa tidak masuk akalnya harga penginapan di Dublin jika khemah seperti ini juga disenaraikan.

Untuk pengetahuan, harga hartanah di ibu kota Ireland itu sememangnya sedang meningkat. Pada mulanya, ramai yang menganggap listing khemah terbabit hanyalah satu gurauan namun, pemiliknya berkata, ia bukanlah satu gurauan.

“Dia (pemilik Airbnb) bergurau dan kata, dia juga ada satu sofa selesa di ruang tamu rumahnya jika ada yang berminat untuk menyewa. Malah, beberapa sofa di dalam rumahnya turut disenaraikan sebagai Airbnb juga,” kata seorang aktivis perumahan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.