
SHAH ALAM, 22 MEI: Majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik meriah dengan kehadiran hampir 2,000 tetamu setakat jam 1 petang.
Majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sehingga jam 3 petang dihadiri Ahli Dewan Negerinya Najwan Halimi.
Najwan ditemui berkata beliau bersyukur apabila dapat mengadakan majlis selepas dua tahun tidak dapat menganjurkan majlis berikutan pandemik Covid-19.

“Kelihatan tetamu yang hadir teruja kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama. Saya memilih dewan ini kerana mahu memberi keselesaan dan keceriaan kepada pengunjung.
“Malah dengan penganjuran majlis ini dapat menjalin semula silaturahim dan menjadi medan pertemuan,” katanya kepada SelangorKini.
Dalam program tersebut, Najwan bersama isteri turut menyumbang duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
Terdahulu, tetamu yang hadir turut disajikan dengan pelbagai juadah antaranya nasi arab, lemang, rendang, roti canai, bihun sup dan kuih muih.
The post Hampir 2,000 pengunjung hadir rumah terbuka DUN Kota Anggerik appeared first on Selangorkini.

