DUN Kota Anggerik anjur program untuk peniaga kecil, rancak semula ekonomi

22 May 2022 • 3:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 MEI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik bakal menganjurkan program khusus untuk peniaga kecil pada tahun ini.

Ahli Dewan Negerinya berkata ia bertujuan bagi merancakkan semula ekonomi golongan tersebut selepas dua tahun berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Selain membantu peniaga kecil, kita juga merancang mengadakan program untuk anak-anak dalam aspek pendidikan.

“Tiada jumlah peruntukan ditetapkan kerana ia diberikan mengikut keperluan mereka,” kata Najwan Halimi pada majlis rumah terbuka DUN Kota Anggerik di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

image is not available
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik Najwan Halimi bersama isteri mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak ketika majlis Rumah Terbuka DUN Kota Anggerik di Dewan Konvensyen MBSA pada 22 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Mengulas mengenai bantuan pada Ramadan lalu, Najwan memaklumkan separuh daripada surau dan masjid di kawasan itu menerima sumbangan.

“Kita menumpukan rumah ibadat kerana memudahkan mereka mengenal pasti asnaf fakir di kawasan kejiranan yang memerlukan bantuan.

“Bagaimanapun, rata-rata surau dan masjid lain juga turut menerima bantuan sebelum Ramadan,” katanya.