
Umum mengetahui, kehidupan selepas berumah tangga boleh menjadi satu perkara yang mencabar buat seseorang individu terutama dalam bab mengambil hati mertua.
Begitulah yang dirasakan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nanda Maezha yang memuat naik hantaran video berkongsi kesukaran yang dilaluinya dalam mengambil hati ibu mertua.
Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat kecewa apabila ibu mertuanya langsung tidak menghargai masakannya dan lebih rela bungkus makanan dari luar.

Penat menjadi pelangi untuk orang yang buta warna.
Malah, lebih menyedihkan apabila masakannya langsung tidak dijamah oleh ibu mertuanya dan sanggup memasak juadah lain.
@nandamaezha cape ya jadi pelangi untuk orang yang buta warna .. #menantu #istri #tinggalbarengmertua #sakithati #sedih #baper #galau #hancur #kecewa #fyp #zyxcba #mertuadanmenantu #mertua
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi pelbagai respon, ada yang bersimpati dengan nasib wanita itu dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama.
Bukan menantu pilihan macam tu lah jadinya. – Netizen.
“Aku dah di titik pasrah, mertua nak sayang atau tak pun aku dah tak peduli, sebab dah penat sangat,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Kami Tak Dapat Makan.." - Setiap Kali Gaduh Beras Dibuang, Suami Akan Biarkan Isteri & Anak Berlapar
The post (VIDEO) “Dia Rela Masak Lain” – Isteri Luah Rasa Kecewa Dah Penat Masak Tapi Mak Mertua Tak Pernah Jamah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![[VIDEO] Wanita ‘Selamba Badak’ Lalu Tengah Majlis Perkahwinan Orang Pakai Motor](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)