YouTube Go Akan Ditamatkan Pada Bulan Ogos 2022

TechnologyDigital
4 May 2022 • 4:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
YouTube Go

YouTube kini mengumumkan mereka akan menamatkan penawaran aplikasi YouTube Go pada bulan Ogos 2022. Ini bermakna aplikasi tersebut tidak lagi akan ditawarkan kepada pengguna, dan anda akan diminta untuk memasang aplikasi YouTube utama, atau mengakses perkhidmatan video tersebut melalui pelayar web.

YouTube Go sebelum ini ditawarkan di Malaysia sejak 2017 yang lepas. Ia dioptimasikan untuk penggunaan data yang rendah, selain untuk telefon berspesifikasi rendah.

image is not available

YouTube mengatakan mereka telah sedia mengoptimasikan aplikasi utama, yang kini beroperasi dengan lancar walaupun pada peranti berspesifikasi rendah.

Malah, perkembangan teknologi sendiri kini membuatkan peranti berspesifikasi rendah beroperasi dengan lancar tanpa perlu pengoptimasian khusus.