Beberapa bulan lepas, kami melaporkan yang bekas pengasas OnePlus iaitu Carl Pei akan melancarkan telefon pintar jenama baru iaitu Nothing pada tahun ini yang diasaskan oleh Nothing Technologies.
Menurut laporan Fuzz.my, terdapat teaser yang menunjukkan Nothing Phone (1) mungkin hadir dengan rekaan lutsinar sama seperti produk pertamanya iaitu Ear (1).
Bukan tu jer, terdapat laporan yang mengatakan bahawa telefon pintar jenama ini akan dilancarkan pada 21 Julai ini dengan harga bermula RM2,354.
Untuk pengetahuan, Nothing hanya mendedahkan bahawa telefon pintar pertama mereka ini akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm.
Ianya juga akan menggunakan sistem operasi Nothing OS yang berasaskan Android. Menariknya, sistem operasi ini dikatakan akan memberikan pengalaman yang lancar dan pantas melalui ekosistem yang terbuka.
Mesti ramai yang tak sabar nak tengok rupa sebenar Nothing Phone (1) kan? Sama-samalah kita tunggu sehingga ianya dilancarkan nanti.
Kredit: Fuzz.my
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
The post Telefon Pintar Rupa Lutsinar, Nothing Phone (1) Akan Lancar Tak Lama Lagi appeared first on Oh! Media.


