
Tuaran: Kesusahan hidup golongan ibu tunggal dan kurang berkemampuan yang tersisih di Tamparuli dekat sini, akhirnya terbela selepas Program Jalinan Bersatu Bersatu Prihatin - Ibu Tunggal (JBP-IT) ditubuhkan.
Program anjuran Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli itu menyasarkan golongan terbabit yang kurang arif memohon bantuan secara atas talian atau ketiadaan akses internet.

