Malaysia Bakal Miliki 'Skyline Luge Activity Park' Yang Ke-4 Di Dunia!

30 May 2022 • 5:45 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Malaysia bakal memiliki Skyline Luge Activity Park yang pertama di negara ini serta keempat di dunia selepas Singapura, Busan dan Tong Yeong di Korea Selatan.

Tarikan pelancongan terbaharu itu bakal terlaksana apabila pemaju hartanah, Gamuda Land bekerjasama dengan Skyline Enterprise, syarikat pengendali hiburan dan santai dari New Zealand untuk membuka taman aktiviti yang bakal dibangunkan di Bandar Gamuda Gardens, bersebelahan lebuh raya Utara Selatan (Plus) dan koridor Guthrie.

image is not availableimage is not available

Pembinaan Skyline Luge Activity Park itu membabitkan pelaburan sebanyak RM74. 4 juta dan akan dibuka kepada orang awam pada suku ketiga tahun hadapan.

Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land, Chu Wai Lune, berkata Luge Activity Centre itu akan ditempatkan dalam Gamuda Garden City Centre yang akan difokuskan lebih kepada ruang runcit dan hiburan merangkumi pejabat, pusat beli belah dan taman hiburan.

image is not available

image is not available

"Kehadiran Luge ini amat penting kerana ia berasaskan komuniti yang akan memberi ruang buat pengunjung untuk meluangkan masa dengan keluarga di sini.

Kami memilih Luge kerana keadaan rupa bumi di kawasan sini yang berlereng adalah sesuai dengan pembangunan taman aktiviti ini.

"Kami ingin meminimumkan kerja pemotongan lereng bukit ini bagi menjaga kemampanan alam sekitar dan kerana itu Luge amat sesuai untuk dibina di sini kerana ia memang memerlukan keadaan rupa bumi yang berlereng," katanya.

image is not available

image is not available

Dibina di atas tapak seluas 322,917 kaki persegi -- Luge Activity Park adalah taman keempat Skyline Enterprises di Asia selepas di Singapura serta Busan dan Tong Yeong di Korea Selatan.

Apabila mula beroperasi nanti, Skyline Luge Activity Park menyasarkan seramai 350,000 pengunjung akan ke taman aktiviti itu dalam tempoh setahun ia dibuka.

Sementara itu Mcdonald berkata, pihaknya komited untuk mengembangkan operasi global mereka dan teruja untuk membawa pengalaman santai yang penuh keseronokan ke Malaysia dan ke Gamuda Gardens.

image is not available

"Gamuda Land membawa semangat yang sejajar dengan Skyline Enterprises dalam mewujudkan masa depan yang mampan untuk rakyat dan planet ini.

"Taman aktiviti di Taman Gamuda ini akan membawa pengalaman yang berbeza dan mengujakan untuk pelawat kami.

"Ia direka bentuk mengikut rupa bumi kawasan ini dan akan memberikan pengalaman menarik dari puncak bukit bertingkat 40 meter," katanya.

image is not available