
Seorang bayi yang disahkan meninggal dunia oleh doktor dilaporkan masih hidup setelah bayi perempuan itu tiba-tiba merengek ketika sesi pengebumian yang dilakukan oleh keluarganya.
Perkara itu mula diketahui selepas ibu bapa kepada bayi tersebut meminta orang ramai untuk gali semula kubur bayi perempuan itu setelah mendengar bunyi bising dari dalam keranda, apabila dibuka, mereka terkejut apabila mendapati bayi tersebut memang masih hidup dan sedang menangis.

Disebabkan kes itu, dua kakitangan kesihatan di sebuah hospital di India digantung kerja kerana melaporkan bahawa bayi tersebut telah meninggal dunia sejurus sahaja selepas bayi itu dilahirkan pada Isnin lepas, lapor sumber.
“Kami telah meletakkan dua kakitangan di bawah arahan penggantungan berkuat kuasa serta-merta sementara menunggu siasatan.”

Warga tempatan mendapati bahawa pengumuman kematian bayi itu dibuat sebelum dikebumikan tanpa rawatan sewajarnya.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
