
Kota Kinabalu: Empat pemain Sabah yang disenaraikan dalam skuad futsal wanita kebangsaan digesa untuk memberikan persembahan terbaik mereka pada temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam yang akan datang.
Shereilynn Elly Pius, Usliza Usman, Masturah Majid dan Haindee Mosroh adalah antara 16 pemain yang berjaya masuk dalam senarai akhir yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2 Mei lalu.
Ketua jurulatih negeri, Azman Soaibah berkata, ia merupakan satu peristiwa penting bagi Sabah kerana buat kali pertama mempunyai empat pemain dalam skuad kebangsaan.

