“Biasalah budak ada mood dia” – [VIDEO] Ramai Netizen Marah Kanak-kanak ‘Kacau’ Gambar Raya

Entertainment
13 May 2022 • 12:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kanak-kanak mempunyai pelbagai ragam dan perangai yang kadang-kadang itu kita sendiri tidak boleh menjangka.

Mereka ini berada di usia yang masih ingin mahu explore dunia, segala perwatakan dan perbuatan mereka biasanya adalah tindakan refleks dan ia menjadi tugas ibu bapa dan orang dewasa untuk mengajar kanak-kanak itu mana yang betul dan salah.

Itulah yang terjadi dalam sebuah video di TikTok, apabila seorang kanak-kanak melakukan satu reaksi yang luar jangkaan selepas malu akibat terjatuh ketika mengambil gambar raya bersama keluarga.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @atirahrahani itu menunjukkan seorang kanak-kanak yang ‘beraksi’ sebelum mengambil gambar raya dan kemudian dia terjatuh. Disebabkan itu, kelihatan seorang kanak-kanak lain seperti mengejeknya.

Sebagai refleks, kanak-kanak itu terus pergi menyerang kanak-kanak yang mengejeknya itu sebelum pergi menjatuhkan kamera yang digunakan untuk mengambil gambar keluarga tersebut.

“Budak Baik ni . Time ni je Dia buat perangai . Tapi Kalau tak ada dia bosan jugak . Biasa la budak2 ada time okey ada time bagi orang naik darah” tulis pengguna TikTok itu.

Pengguna TikTok itu juga berkata dia memuat naik video tersebut kerana merasakan ia adalah insiden yang kelakar dan menghiburkan, malah dia juga berkata video itu boleh dijadikan kenangan yang manis.

“Dia malu kot…”

Setakat ini, video tersebut telah mendapat sejuta tontonan serta hampir 5k komen, ramai netizen yang ‘naik darah’ melihat video tersebut tetapi ramai juga yang merasakan itulah perangai kanak-kanak dan mereka hanya perlu ditegur.

image is not available

Apa-apapun, melentur buluh biarlah dari rebung…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.