Polis ‘Menyorok’ Depan Lori, Terus Pecut Kejar Kereta Guna Lorong Kecemasan

Cars
5 May 2022 • 1:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Setelah dua tahun tidak dapat pulang beraya, kali ini dapat kita lihat lebuh raya-lebuh raya utama tanah air kembali padat dengan kenderaan yang ingin pulang ke kampung. Meskipun begitu, haruslah diingat untuk sentiasa patuhi peraturan yang telah ditetapkan meskipun perlu menghadap kesesakan lalu lintas.

Kereta peronda polis guna taktik ‘menyorok’

Tular di TikTok satu video yang dimuat naik pengguna @narenspl yang merakam sebuah kenderaan peronda polis yang berada di hadapannya ketika jalanraya sedang sesak dengan kenderaan.

Menerusi video berkenaan dapat dilihat dengan secara tiba-tiba, sebuah kenderaan jenis MPV memecut laju menggunakan lorong kecemasan tanpa menyedari kereta polis tersebut. Kenderaan peronda polis berkenaan yang ‘menyorok’ itu terus memburu kenderaan MPV berkenaan.

Netizen puas melihat kenderaan diburu polis

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira dan berpuas hati apabila tindakan pemandu yang mementingkan diri itu terus diburu polis.

image is not available

image is not available

Hah! Potong lagi barisan, tak pasal-pasal kena kejar dengan polis. Tak salah pon beratur hadap kesesakan lalu lintas tu sama-sama.

Kredit: TikTok narenspl

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media