“Baju Lembu Juga Dipilih!” – Netizen Persoal Pakaian Ismail Sabri, Anggap Tak ‘Proper’ Ketika Pertemuan Formal

27 May 2022 • 8:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri mempunyai kesempatan untuk bertemu dengan rakan sejawat di Singapura iaitu Lee Hsein Loong.

Pertemuan secara ‘face to face’ itu telah mendapat perhatian netizen, bukan kerana atas dasar kerja, namun pakaian yang dikenakan oleh Ismail Sabri ketika itu.

Netizen berpendapat ‘design’ baju seakan-akan kulit lembu itu sama sekali tidak sesuai untuk dipakai sewaktu menghadiri pertemuan formal seperti sedemikian dan lebih baik jika memakai baju batik.

Tidak habis disitu saja, harga pakaian jenama Burberry turut dipersoalkan kerana netizen merasakan harga baju yang mencecah RM5000 itu tersangatlah mahal serta berlebihan, lagi-lagi ‘design’ nya seperti itu.

image is not available

Dalam pada itu, sempat juga netizen mengaitkan pereka fesyen, Jovian yang juga merupakan menantunya untuk berhenti jadi perunding fesyen kerana pakaian yang dipakai oleh bapa mentuanya itu boleh memalukan imej negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

"Hodoh Sangat Ke Gelap?!" - Panggil Anak Kulit 'Hangus', 'Founder' Dikecam Bagi Anak 'Consume' Kolagen Untuk Putih