(VIDEO) Guru hargai pemberian murid, dapat hadiah unik buatan sendiri

25 May 2022 • 10:06 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Sudah menjadi budaya setiap kali sambutan hari guru, semua murid pasti tidak melepaskan peluang untuk memberikan hadiah bermakna buat guru yang banyak berjasa mencurahkan ilmu pengetahuan kepada mereka.

Itulah yang dialami Cikgu Nik yang memuat naik video hadiah unik berdurasi 55 saat diberikan muridnya menerusi platform media sosial TikTok.

Baca juga

“Dapat hadiah hari guru daripada seorang murid ini.

“Dihulurnya satu bungkusan yang kecil menggunakan kertas buku tulis.

“Dihulurnya dengan teragak-agak. Wajahnya agak malu-malu,” katanya.

Mengulas lanjut, dia terus mengoyakkan bungkusan mini itu sambil berfikir mungkin ada hadiah dalam sampul yang diwarnakan dengan pensel warna biru tersebut.

“Rupa-rupanya itulah hadiah yang dibuat sendiri.

@cikgunik_dg

🥹 Terima kasih cikgu ucapkan kepada semua yang ingat cikgu. 🥹 #cikgunikdg #fyp #cikgootube #cikgutiktok #terimakasih #hariguru

♬ Kiss the Rain – Richard Abel

“Semata-mata hendak bagi pada cikgu. Demi menghargai gurunya.

“Terima kasih cikgu ucapkan. Cikgu sangat hargai,” kongsinya.

Video tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada warganet iaitu kira-kira 5 juta tontonan dengan 452,000 tanda suka.

Rata-rata pengguna TikTok memuji tingkah laku terpuji murid Cikgu Nik dan ada juga yang berkongsikan pengalaman sama.

Balqis1995: Mungkin dia tiada duit nak beri tetapi waktu yang sama ingin menghargai cikgunya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Huzaidharis: Kami cikgu-cikgu tak kisah pun hadiah apa yang diberi tapi usaha murid bagi hadiah hari guru itu yang kami sangat hargai.

MamaShee:Saya pernah menjadi murid yang susah. Saya juga pernah menjadi guru untuk anak-anak. Saya menangis dengan video ini. Semoga berjaya untuk anak murid ini.

Jessdiena:Betul, saya pun begitu, murid datang bagi lukisan yang sangat cantik. Rupanya dia tiada duit nak beli hadiah sebab itu bagi saya hasil lukisannya.