“Nabi Nuh pun tak selamatkan anaknya, ini pula saya” – Ridhuan Tee Buka Mulut Isu Anak Bercium

Entertainment
25 May 2022 • 4:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kira-kira Jumaat minggu lepas, ada satu video seorang lelaki mirip pelakon Syafi Tee sedang bercium dengan kekasihnya tular dan mengundang kecaman netizen.

Menerusi mStar Online, video berdurasi 26 saat itu menunjukkan lelaki yang juga didakwa anak kepada pendakwah bebas Prof Dr Mohd Riduan Tee Abdullah sedang berpelukan dengan seorang wanita sebelum mencumbu bibirnya.

Nabi Nuh pun tidak mahu menyelamatkan anaknya, inikan pula diri saya – Ridhuan Tee

Disebabkan itu, hari ini pendakwah bebas tersebut akhirnya tampil memberi respon berkenaan dengan kontroversi itu.

Katanya, apa yang berlaku ini dianggap sebagai satu ujian dan anaknya yang baru sahaja berkecimpung dalam industri seni.

image is not available

“Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mahu menyelamatkan anaknya, inikan pula diri saya, hamba Allah yang hina. Tetapi saya sudah melakukan yang terbaik untuk semua 6 anak saya. Selebihnya saya berserah, saya pasrah.”

Tambah pendakwah bebas ini kepada mStar Online, Syafi yang merupakan anak keduanya ini lebih meminati bidang seni setelah tamat belajar.

“Sebagai bapa saya telah menasihatinya tentang dunia seni yang telah saya ceburi semenjak memeluk Islam lebih 30 tahun dahulu. Cuma bezanya, seni saya seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni artis hiburan.”

Jelas Ridhuan Tee lagi, dia tidak melarang minat anaknya itu cuma mengingatkan agar pandai membawa diri.

image is not available

“Pastikan seni dapat mendidik anak bangsa. Titipan demi titipan. Namun, apakan daya Allah mahu menguji hamba-Nya yang kerdil ini.”

Riduan Tee yang sebelum ini pernah membuat teguran secara terbuka terhadap isu aksi panas Zul Ariffin dan gambar Yazmin Aziz berpelukan dengan Daniel Chuer turut mengatakan bahawa kes yang terjadi ini bukan penghalang buatnya untuk membuat teguran.

image is not available

“Kejadian ini tidak akan menjadikan saya berdiam diri. Sesiapa sahaja yang buat mungkar, akan saya tegur sekalipun meskipun berada dalam keluarga saya sendiri. Teguran saya tidak hanya kepada artis, tetapi semua orang, tidak kira siapa.”

Tahu lalu, Syafi juga pernah terpalit dengan kontroversi dimana terdapat video dia sedang berpelukan dengan seorang wanita.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.