Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini?

11 May 2022 • 8:30 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Buletin teknovasi minggu ini dimulakan dengan pelancaran operasi bus elektrik Foton di Auckland, New Zealand dan skrin pawagam 4DX ScreenX terbesar daripada Major Cineplex di Thailand. Ini Disusuli dengan siri terbaharu komputer riba Lenovo Yoga Slim 7 Pro X serta  telefon pintar daripada Vivo iaitu siri T1 Pr.

Pelancaran Operasi Bus Elektrik Foton Di Auckland, New Zealand

image is not available

Pada 13 April yang lalu, sebuah syarikat pembuatan bas dan lori bernama Foton Motor Group telah melancarkan operasi bas elektrik buat kali pertama di Auckland, New Zealand. 

Syarikat yang berasal daripada China ini telah berjaya lulus dan  mengikut spesifikasi Sistem Kelulusan Jenis Kenderaan Keseluruhan Eropah (EU's WVTA) bagi menjadikan bas tersebut sebagai kenderaan awam di bandar itu. 

Laluan operasi bagi kenderaan ini pula ialah di antara bandar Papakura sehingga Otahuhu bermula jam 5.30 pagi dan tamat pada 9.30 malam setiap hari.

Bas ini mampu menjelajah hingga 400 km perjalanan sebelum ia perlu dicas semula. Malah ia merupakan perkhidmatan kenderaan teknologi hijau yang boleh mengawal eko sistem negara tersebut daripada pencemaran udara.

Justeru itu, kerajaan di New Zeland memberikan sokongan yang komited terhadap kenderaan ini bagi memastikan usaha mereka untuk membina negara yang menjaga alam sekitar.

image is not available

Skrin Pawagam 4DX ScreenX

CJ 4DPLEX, pengeluar format filem premium dan teknologi pawagam telah menjalinkan kerjasama pintar bersama rangkaian pawagam terbesar di Thailand iaitu Major Cineplex dengan memperkenalkan skrin 4DX ScreenX. 

Perjanjian yang ditandatangani pada 29 April 2022 telah berjaya memasang skrin tersebut di sebuah auditorium yang terletak di multipleks Major di Siam Paragon, Bangkok, Thailand. 

Ia mempunyai kapasiti penonton sebanyak 336 tempat duduk dan ukuran skrin selebar 20 meter. Ini merupakan skrin terbesar yang pernah ada negara Thailand dan merupakan skrin 4DX ScreenX yang kedua dalam rangkaian Major Cineplex selepas yang pertama dilancarkan pada tahun 2015. 

Kini, Major Cineplex menjadi satu-satunya pawagam di Thailand yang membawakan teknologi tercanggih di dunia ini. Malah ia juga ditambah dengan pelbagai perkhidmatan sistem tayangan yang lain seperti, Real D, 2D, 3D dan IMAX.

image is not available

Lenovo Yoga Slim 7 Pro X

Sebuah komputer riba daripada jenama Lenovo telah dilancarkan pada 6 Mei dan menjadi salah satu keluaran siri terbaharu Yoga iaitu Slim 7 Pro X. 

Ia memberi tiga pilihan edisi perisian kepada pengguna sama ada AMD Ryzen 9 6900HS, Ryzen 7 6800HS atau Ryzen 5 6600HS dan memakai sistem Windows 11. 

Memori yang ditanamkan di dalam peranti ini pula sebanyak 16G/32G dan storannya sebesar 1TB. 

Memiliki ukuran panjang lebar 328.20 mm dan panjang 221.40 mm, reka bentuk model ini mempunyai kenipisan sehingga 15.9mm. 

Jadi ia seperti kepingan buku nipis dan ringan kerana beratnya juga hanya 1.45 kg sahaja. 

Harga bagi sebuah unit komputer riba ini bernilai RM 4,739.

image is not available

Vivo T1 Pro

Ini adalah antara telefon pintar yang terkini dilancarkan iaitu pada 7 Mei 2022.  

Vivo T1 Pro mempunyai berat sebanyak 180.3 g dan ukuran dimensi 159.7 x 73.6 x 8.5 mm. 

Saiz skrinnya pula sebesar 6.44 inci dan menggunakan kaca jenis AMOLED. 

Pada bahagian perisian, model ini menggunakan sistem android 12 dan chipset Snapdragon 778G 5G (6 nm). 

Kemudian bahagian kameranya pula, dipasangkan resolusi sebanyak 64 MP (kamera utama), 2 MP (ultra lebar) dan 2 MP (macro). 

Mempunyai kapasiti kuasa bateri sehingga 4700 mAh jenis Li-Po, harga bagi seunit model ini dijangka kurang dari RM 1500. - Getaran, 11 Mei 2022