“Semua nak dikonspirasikan” – Ada Netizen ‘Claim’ Filem Dr. Strange Mempunyai Maksud ‘Tersirat’?

Entertainment
11 May 2022 • 3:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness baru sahaja ditayangkan minggu lepas di Malaysia dan buat masa ini ia merupakan filem yang paling banyak ditonton di pawagam seluruh Malaysia.

Filem itu merupakan sekuel kepada filem pertamanya iaitu Dr Strange yang mengisahkan tentang seorang pakar bedah saraf yang sedang dalam perjalanan penyembuhan fizikal dan rohani, sebelum ditarik ke dalam dunia seni mistik.

Bagi sekuel ini pula Dr. Stephen Strange telah melemparkan mantra terlarang yang membuka pintu kepada multiverse, termasuk dirinya yang lain. Dikatakan, ancamannya terhadap manusia terlalu besar untuk gabungan pasukan Strange, Wong dan Wanda Maximoff.

Bagaimanapun, kerana filem itu mempunyai unsur magik dan ‘dunia lain’, ada netizen yang telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang merunsingkan.

image is not available

Netizen itu berkata Dr. Strange itu tidak sepatutnya digelarkan sebagai doktor kerana dia adalah seorang ahli sihir. Dia mengatakan perkara itu seolah-olah boleh ‘dimanipulasikan’, bagaimana seorang ahli sihir boleh mendapat gelaran doktor.

Malah, dia juga mengatakan nama Dr Strange itu hampir sama dengan ‘Dr Stringe’, agaknya dia tak pasti sama ada ‘Stringe’ atau ‘syringe’ kot…

“Mungkin dia tengok Dr Strange tak pakai subtitle BM”

Posting itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen tetapi kebanyakannya ‘membahan’ kenyataan daripada lelaki itu. Malah, tidak kurang juga yang memberikan versi lain untuk teorinya itu. Terbahak baca!

image is not available

Adoi, macam-macam hal…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.