“Syarat sangat ketat” – Kencing Manis, Darah Tinggi & 4 Penyakit Kronik Yang Tak Layak Tunai Haji

13 May 2022 • 4:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, akhbar Utusan Malaysia ada melaporkan bahawa hanya 45 daripada 85 jemaah jemaah haji dari Perlis berjaya ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji, kesemua yang layak ini melepasi saringan kesihatan yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Ruzaini Rais berkata, 20 daripada mereka ada masalah obesiti, hidap kencing manis, darah tinggi tidak terkawal serta penyakit paru-paru kronik penilaian pengawal perubatan. Lagi 20 itu atas sebab masalah peribadi.

Disebabkan itu, doktor yang dikenali sebagai Nimelesh ada buat senarai penyakit-penyakit yang tidak layak menunaikan ibadah haji bagi tahun ini.

 

“Ingat ni – penjagaan kesihatan satu ibadah juga”

Antara senarai penyakit-penyakit tersebut adalah :

  • Obesity BMI >40
  • BMI >35 + comorbid
  • COPD perokok aktif
  • Darah tinggi tak terkawal >160/100
  • Kencing manis HbA1C lebih daripada 8
  • NYHA class 2 (Masalah jantung)

Kata Nimelesh lagi, ini bukanlah senarai-senarai penyakit yang dilarang tetapi masih ada banyak lagi. Dia juga mengingatkan kepada warganet agar sentiasa menjaga kesihatan kerana ia juga sebahagian daripada ibadah.

Namun begitu, Nimelesh menyatakan bahawa untuk mereka yang menghidap darah tinggi dan kencing manis, mereka bukanlah tak boleh dan tak payah tunaikan haji terus, tetapi ia harus dalam keadaan terkawal.

Dengan rawatan, senaman, penjagaan pemakanan, gaya hidup yang lebih sihat- bacaan parameter2 yang penting boleh dikawal.”

Tambahnya, HBAIC merupakan satu ujian untuk melihat purata paras gula pesakit kencing manis dalam tempoh 3 bulan lepas. Jadi, dia berpesan agar jangan tunggu sampai saat saat terakhir baru nak jaga makan dan sebagainya sebab nak buat ujian darah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.