[VIDEO] Konon Makan Di Kedai ‘Estetik’, Lelaki Terkejut Keretapi Lalu Sebelah Meja Makan

Entertainment
30 May 2022 • 2:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah menjadi trend orang zaman sekarang mencari restoran atau gerai makan yang ada nilai-nilai estetik dan mempunyai permandangan yang indah supaya boleh dimuat naik di media sosial sebagai content menarik.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna TikTok baru-baru ini berkongsi satu pengalaman yang mengejutkan walaupun agak menarik ketika mereka sedang makan di sebuah gerai berdekatan dengan landasan keretapi di Malang, Indonesia.

 

Terkejut tiba-tiba keretapi lalu

Menerusi video tersebut dapat dilihat pemilik video berkenaan bersama rakannya sedang menikmati mi ayam di sebuah gerai sebelum tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi keretapi yang tiba-tiba melalui sebelah meja makan mereka.

Rakan perakam dilihat sangat terkejut sehingga mengusap-usap dadanya. Aduh kalau min pun mau tercabut oi jantung!

“Mi ayam rasa pasir”

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan merasa geli hati dengan sikap individu tersebut yang terkejut.

Tak cukup dengan itu, ada juga yang mengusik mengatakan mereka memakan mi ayam ber’topping’ pasir yang terbang dari keretapi melalui sebelah gerai itu.

image is not available

Risau min makan kat gerai ni. Tak tenteram walaupun lokasi dia menarik.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.