“KA pun pakai Bezza tau” – Ramai Kongsi Story Selalu Kena ‘Judge’ Sebab Pakai Kereta Murah

Entertainment
9 May 2022 • 10:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang sejenis yang rajin tengok sosial media terutamanya Twitter untuk tahu isu semasa sekarang, mesti dah aware dengan tweet dari Khairul Aming yang puas hati dengan kereta Bezza miliknya kan?

Siapa sangka perkongsian dari owner Sambal Nyet itu telah mendapat perhatian dari pengguna Twitter yang lain sampaikan isu kereta sering disebut-sebut sehingga ke hari ni!

Bukan tu je, rata-rata warganet di bahagian qoutes siap ada yang kata nak beli juga kereta Bezza dari Perodua semata-mata lepas baca feedback yang diberikan oleh Khairul Aming.

“Orang kita ni judgmental…”

Lepas tweet dari Khairul Aming itu tular, ternyata ramai yang turut kongsikan cerita masing-masing yang mana mereka selalu kena ‘judge’ dengan masyarakat gara-gara penggunaan jenis kereta murah.

Satu tweet yang dibuat menerusi akaun @aidil_ezzhar, meluahkan rasa sedihnya tentang sikap orang yang cepat menghukum seseorang dan juga mempunyai stereotaip tersendiri tentang kereta.

“Tak faham juga dengan orang ni kadang-kadang. Takde pulak aku kutuk orang nak pakai apa-apa. Takde mention apa pun tentang brand teruk” – Tulisnya di thread

“Kereta murah bukan tanda miskin”

Perkongsian itu telah mendapat perhatian orang ramai yang mana mereka mengatakan bahawa pelaburan wang dengan jumlah yang banyak untuk kereta bukanlah penanda aras untuk tentukan tahap kekayaan seseorang.

image is not available

Tak kurang juga yang kata orang zaman sekarang dah mula kena berfikir pembahagian duit untuk benda-benda lain sebab investment bagi kereta juga akan memberikan sedikit kesan kepada jumlah belanja mereka.

Bagi min tak salah nak beli kereta apa pun, asalkan ikut kemampuan okay? Kita kena banyak berjimat tau sekarang ni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.