UNK 2022: "Hilang banyak markah guna bahasa bukan ibunda: Dr Paul"

30 May 2022 • 3:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Esok, lebih 40 jelitawan Kadazandusun-Murut akan bertanding berebut gelaran Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2022 di Hongkod Koisaan KDCA di sini. Mungkin mereka masih ada peluang untuk mengasah sedikit kemampuan berbahasa ibunda seperti yang ditekankan pihak penganjur.

Sekali lagi, Dr Paul Porodong, Perunding Budaya LKNS memberi peringatan mesra kepada peserta dengan menekankan bahawa satu aspek penilaian yang digunakan untuk memilih pemenang ialah kemampuan berbahasa ibunda.

“Di peringkat negeri, penilaian ini biasanya berlaku di peringkat pusingan kedua. Penilaian ini dibuat untuk menguji jatidiri dan identiti peserta.