Peserta Unduk Ngadau Kaamatan promosi budaya, agropelancongan melalui video

28 May 2022 • 12:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Peserta yang bakal bersaing untuk gelaran Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Negeri tahun ini diberi “tugasan” tambahan untuk menghasilkan video berdurasi satu minit mengenai “Budaya, Agropelancongan dan Alam Semula Jadi” (Can).

Pengerusi penganjur UNK Negeri,Joanna Datuk Kitingan (gambar) berkata, video tersebut akan dinilai oleh panel hakim dan pemenang akan menerima gelaran subsidiari yang baru diperkenalkan iaitu Duta Can Unduk Ngadau.

Keputusan akan diumumkan semasa Majlis Makan Malam Amal Sodop Unduk Ngadau esok (29 Mei). Dalam majlis makan malam yang sama, gelaran subsidiari lain juga akan disampaikan.